Khamis, 7 Februari 2013

SET PERIUK NON-STICK

Semua perkakasan non-stick ini dari koleksi katalog MENANG GLASSWARE. Sememangnya barangan dari katalog MENANG GLASSWARE ini telah lama terkenal dan terjamin kualitinya, janji anda tahu cara penggunaan barangan non-stick dengan betul.

CARA PENJAGAAN/PENGGUNAAN BARANGAN NON-STICK YANG BETUL:

1.  JANGAN panaskan barangan non-stick yang kosong di atas api. Ini akan memusnahkan lapisan non-stick barangan tersebut.
2.  JANGAN keringkan barangan non-stick yang basah diatas api. (ni bukan periuk cap buaya).  Gunakan tisu dapur atau kain untuk keringkannya.
3.  JANGAN gunakan sudip/senduk besi untuk mengacau lauk/sayuran dalam barangan non-stick.   HANYA gunakan sudip/senduk dari jenis non-stick/kayu untuk mengacau lauk/sayuran dalam barangan     non-stick.
4.  JANGAN terus basuh barangan non-stick sebaik saja selepas anda siap memasak. Ini boleh menghilangkan lapisan non-stick barangan tersebut. Basuh barangan non-stick selepas ia kembali sejuk. 
5.  JANGAN guna penyental besi (bulu besi) untuk mebasuh barangan non-stick. Hanya gunakan span lembut.
6.  Untuk Pemanggang Ajaib Non-Stick, JANGAN gunakan daun pisang untuk membalut/melapik ikan bakar, daun pisang yang terbakar akan memusnahkan lapisan non-stick Pemanggang tersebut.  Boleh gunakan Aluminium foil jika perlu.
7.  API YANG SEDERHANA sudah memadai untuk memasak menggunakan barangan non-stick ini.  Ini kerana ia cepat panas dan cepat masak.  Sungguh menjimatkan gas dan masa anda.









*SILA KLIK PADA PIC UTK MELIHAT IMEJ YANG LEBIH BESAR


*Harga tidak termasuk kos pos

Tiada ulasan:

Catat Ulasan